.. KAWAN KARIB .. WUJUD KE ? ..

        Hey hoy rakan-rakan blogger . sehad ? acewaah . acah acah la kau zira . phew phew . lama gila aku tak update blog . fesbok kemain aktif lagi . dalam sehari tu mesti aku akan update status kat fesbok . tapi kenapa aku tak update blog . mmm . kenapa ye ? malas la . hihi . ternet aku tersangat2 lembab sekarang ni . hihi .
        Kenapa dengan tajuk entry aku kali ni ? pasal siapa ? kawan karib ? kenapa ? bagi korang . kawan karib tu wujud tak kat dunia ni ? tapi bagi pendapat aku . pendapat ikhlas dari lubuk hati aku . kawan karib tu tak wujud . entah la . kenapa ye ?
Kenapa aku tak percaya kewujudan kawan karib ? eh . berapa banyak kenapa ni ? AHAHA . sorry . entah la . kadang2 aku fikir .  mereka mereka yang selama ni kata kononnya kawan karib aku tu . macam hanya sekadar kata-kata . maaf kalau luahan aku ni menganggu korang .
Siapa yang aku maksudkan ni ? mereka la ATIEQA ADLI dan MAHFUZAH MAB . yang suatu ketika dulu mereka lah yang aku agung agung kan . maaf sayang sebab ini berkaitan korang . bukan niat hati aku nak kutuk korang . sekadar renungan bersama .
Bukan aku sengaja tak nak jumpa korang . tapi komitmen kerja buat aku tak dapat jumpa korang . aku sayang and aku rindu korang sangat2 tahu tak . tapi bila korang tacing2 dengan aku . aku rasa macam . hancur sangat hati aku ni weyh .
Dulu masa kita baru berhenti kolej . dalam status kita . masing2 ada komen masing2 . ada like sume . tapi sekarang . sume uw dah takde . dulu . henset aku penuh dengan mesej dari korang . tapi sekarang . takde pun . sunyi je henset aku dari nama korang .
Aku tahu aku pun tak contact korang . tapi aku minta kau faham dengan keadaan aku yang bekerja sekarang ni . aku masuk pukul 10 pagi . balik kol 12mlm . kol 4 rehat sampai kol 8 . masa rehat tu aku gunakan sebaiknya untuk tidur .
Tapi korang . masih belajar . ada banyak masa terluang . sampai satu hari . fuza ajak jumpa . maaf . aku memang takde duit langsung . n kebetulan pulak waktu tu . pizza aku jadi tuan rumah untuk pertandingan champ . maaf . walaupun tarikh kita nak keluar tu jatuh ada hari kita off day . tapi apa aku boleh buat bila aku dipanggil masuk kerja ?
Bukan aku tak cuba untuk jumpa korang . maaf sekali lagi . kalau korang masih nak anggap aku ni kawan karib korang . terima kasih banyak banyak . tapi kalau tak anggap aku macam tu lagi . takpe la . maaf lagi sekali . J

.. ORANG TAK KAN FAHAM ..

            berhabuk gila blog aku ni aku rasa . AHAHA . lama sungguh aku tak update . aku lebih aktif dalam fesbok dari blog dengan twitter . maybe atas faktor berokband aku yang semakin lembab dari siput . naisss . lagi lagi aku dah kerja . memang cerita dia balik kerja lepak la . HAHAHA . wink wink . naiss . dah cukup membebel .
            apa maksud aku dengan tittle tu ? sebenarnya . keluarga aku dalam masalah peribadi . peribadi ke ? tak jugak . satu kampung dah tahu tentang masalah ni . masalah apa ? meh aku cerita . aku ada adik lelaki . yup . dia satu-satunya adik lelaki aku . tapi sekarang . aku anggap dia bukan lagi adik aku . tak baik kan aku ni ? tak patut aku buat dia macam tu . dia still adik aku .
             kenapa dengan dia ? aku tak malu ke buka pekung keluarga sendiri ? tak malu . maaf . dah biasa . amin . satu-satunya adik lelaki aku yang kononnya boleh jadi wali untuk kami adik beradik perempuan selepas ketiadaan bapa kitorang dah menghancurkan perasaan kami sekeluarga . kenapa ? dia kini jadi seorang remaja yang bermasalah . yang paling terbaru . dia hisap gam .
             keluar masuk lokap tu dah biasa bagi dia . bergaduh dengan orang . tu pun dia dah biasa . bagi dia . dia la hero . kuat . samseng . tapi siapa yang tanggung malu ? mak bapak aku . bukan aku nak salah kan adik aku . aku pun bukan baik sangat . aku pun selalu buat perangai . tapi ni la permulaan dari tajuk aku . :')
             bila orang nampak amin . mereka akan  cakap .
mail ni tak reti jaga anak ke ? itu la ini la .
              mereka akan salahkan mak bapak budak yang bermasalah tu . kesian parents aku . andai korang tahu macammana peritnya mak bapak aku bantai amin . hantar ke sini sana sebab nak dia berubah . tapi sama je . dia yang tak nak berubah . baru korang akan faham macammana perasaan bapak aku bila orang kutuk-kutuk macam tu .
             sekarang bapak aku dah tak lepak minum dekat bukit naga sebab orang asyik perli2 bapak aku . adik-adik aku kadang kadang menangis bila balik dari sekolah bila kena kutuk dengan budak budak lain pasal amin . malu . baru-baru ni aku dengar bapak aku sembang dengan mak aku . yang diorang nak pindah rumah and tak nak bawak amin . biar dia hidup sendiri macam tu . sampai macam tu sekali .
              walaupun  tak semua orang kutuk-kutuk . hina family aku . ada jugak yang bagi nasihat . let's me remind ur something . tak payah nak nasihat kitorang . kitorang yang lalui masalah ni . korang tak rasa keadaan macam ni . sebab tu senang je mulut korang melancarkan kata-kata . cuba dah kena kat diri sendiri . baru korang rasa .
              mak aku selalu menangis-nangis cerita pasal amin dekat aku , aku nak buat macammana ? aku ni perempuan , dia lelaki . tak lekat la . aku pun selalu buat perangai . masalah sosial aku teruk . tapi cuba petik nama aku kat bukit naga . tak ada siapa kenal . macam aku ni tak wujud kat bukit naga padahal bukit naga tu kecik je . tak besar pun .
              maybe sebab aku dah terbiasa dari dulu lagi . bapak aku selalu cakap .
kalau kau nak buat masalah . jangan nak babitkan aku . jangan nak conteng arang kat muka aku . kalau kau tetap nak buat masalah . jangan buat perangai dekat bukit naga .
               yup . since that . aku tak pernah buat perangai dekat bukit naga . kalau aku cuti . aku tak lepak kat bukit naga . mesti keluar dari situ . tak keluar rumah . tapi amin . buat perangai memang kat bukit naga . tikam orang la . itu la ini la . semua dekat bukit naga . sebab tu bapak aku malu . entah bila semua masalah ni nak berakhir agaknya .
*aku rindu adik aku yang dulu .

*bila agaknya kita nak rapat macam dulu balik .

*sebab perempuan kau berubah sampai macam ni .
* doakan agar amin kembali ke jalan yang lurus .

.. ANAK IKAN AKU (!) ..